Follow by Email

Tuesday, September 27, 2011

Pemain Jaring Gol Terbalik Meninggal Dunia


Pemain Jaring Gol Terbalik Meninggal Dunia

Pemain Jaring Gol Terbalik Meninggal Dunia

    September 27, 2011
No Comments
9
 
0
 
0
 
10
share
PEMAIN bolasepak Emiriah Arab Bersatu, Theyab Awana yang menjadi sensasi internet musim ini kerana menjaringkan penalti dengan tumit sambil membelakangkan badannya
dilapor meninggal dunia akibat kemalangan Isnin lalu.
Kenyataan itu disahkan oleh persatuan bola sepak negara berkenaan.
Pemain bahagian tengah berusia 21 tahun itu yang mendapat perhatian media meninggal dunia apabila kereta yang dinaikinya ketika pulang dari latihan di Al Ain menuju ke
Abi Dhabi merempuh belakang sebuah lori.
Theyab ketika itu pulang daripada latihan persediaan pusingan piala dunia di mana negaranya dijadual bertemu dengan Korea Selatan pada 11 Oktober ini.
Pemain muda berkenaan menjaringkan gol kontroversi itu pada minit ke-78 di mana UAE menang 7-2 ketika bertemu Lubnan untuk perlawanan persahabatan Julai lalu.
Theyab menjaring gol itu ketika pasukannya mendahalui 6-2.

Dia ketika itu berlari ke arah gol seperti biasa untuk mengambil tendangan penalti tetapi ketika tiba ke arah bola, dengan gaya berseloroh secara tiba-tiba memusingkan
badannya 180 darjah dan menjaringkan gol dengan sepakan menggunakan tumit.
Theyab dilayangkan kad kuning oleh pengadil permainan, Ali Hassan atas lawak yang dilakukannya dan Jurulatih UAE, Srecko Katanec yang berang dengan sikap pemain itu
mengarahkannya kembali ke tempat duduk pemain simpanan.
Ketika itu, Theyab baru 10 minit menyertai perlawanan sebagai pemain gantian.
Pengurus UAE, Ismail Rashed menyifatkan gaya sepakan Theyab sebagai tidak menghormati pasukan lawan.
Gaya penalti diambil oleh Allahyarham Theyab diletakan dalam laman Youtube dan menerima lebih 1 juta hits.
sumber ~!!!
    http://mynewshub.my/2011/09/27/penjaring-gol-terbalik-meninggal/

No comments: